Wednesday 19 February 2014

Bagaimana Untuk Membina Minda Kreatif

Minda kreatif adalah minda yang boleh mencetus idea-idea unik, sentiasa berinspirasi dan bersinar dengan ilham. Bagi orang yang bekerja dalam bidang kreatif seperti penulisan, reka bentuk, seni lukis, muzik, kewartawanan, guaman dan perniagaan, minda kreatif menjadi satu kemestian.


Sedar atau tidak, perniagaan adalah salah satu cabang kreatif sebab dalam berniaga, Anda kena ada jenama yang unik, sistem perniagaan tersendiri, produk tersendiri dan cara promosi tersendiri. Dalam perniagaan, kita kena kreatif supaya kita lebih menonjol.

Berikut adalah beberapa langkah untuk membina minda kreatif:

1. Pastikan hati kita bersih dari segala unsur-unsur negatif. Pastikan suasana sekeliling kita bebas dari cas-cas negatif, arusp-arus pemikiran negatif dan cakapan-cakapan negatif.

Jika Anda berada ditengah-tengah suasana yang penuh dengan kenegatifan, cekalkan hati. Tutup fikiran terhadap setiap fikiran-fikiran negatif dan jauhkan diri daripada orang-orang bersikap negatif, walaupun dia ahli keluarga sendiri.

2. Banyakkan membaca kisah-kisah hidup dalam cerpen atau novel. Jika Anda terlibat dalam bidang seni lukis atau seni reka, banyakkan meneliti hasil karya orang lain. Jadikan minda Anda peka kepada setiap hasil seni, lihat sebanyak mungkin.

Jika Anda terlibat dalam bidang penulisan atau kewartawanan, banyakkan membaca artikel, buku fiksyen atau bukan fiksyen, baca maklumat berkaitan bidang Anda supaya anda tahu lebih banyak. Kesannya, Anda akan memperoleh lebih banyak idea dan cetusan ilham.

3. Rajin membaca kisah sejarah dan bibliografi orang-orang ternama seperti tokoh politik, negarawan, pemimpin agung, ahli sukan, lagenda.

4. Rajinkan diri kerap berimaginasi. Bayangkan apa yang Anda mahu hasilkan terlebih dahulu, gambarkan di dalam minda kemudian buat! Langkah asas ini perlu dilakukan sebanyak mungkin sebagai latihan kepada minda.

No comments:

Post a Comment